Menu
Your Cart

How to Prepare Files for Print Using Canva.com

Anda mempunyai gambar di telefon atau komputer dan ingin mencetak di pelbagai produk keluaran Eunique. Ikuti langkah-langkah dibawah untuk penyediaan fail yang diperlukan.

01. Daftar di Canva.com

Canva.com adalah grafik editor atas talian yang 'percuma' (feature asas). Dengan feature asas ini sudah memadai untuk menyediakan fail bagi kegunaan cetakan produk di Eunique. Daftar akaun anda di www.canva.com 

02. Pilih 'Custom Size'

Setelah anda berjaya daftar dan login ke canva.com, klik butang 'Custom Size' untuk mula mencipta ruang rekaan anda. Pastikan anda memilih pixels(px) sebagai ukuran. Berikut ada senarai dimensi setiap produk yang perlu diisikan diruangan 'Width' dan 'Height'.

Tote Bag : 3500(W) X 3500(H) px

Pillow : 3500(W) X 3500(H) px

Sling Bag : 4000(W) X 3000(H) px

Pouch Bag : 4000(W) X 3000(H) px

Mug : 4600(W) X 2000(H) px

Pencil Case : 2250(W) X 1375(H) px

Drawstring Bag : 3000(W) X 4000(H) px

T-Shirt : 3000(W) X 4000(H) px (PNG Transparent)

Bagi produk Canvas, Foto dan Poster Frame bolehlah mengikut ukuran inci seperti pilihan yang dibuat ketika tempahan.

Seterusnya, klik butang 'Create new design'.



03. Muat naik fail gambar

Apabila ruang design telah dibuat, anda boleh mula untuk muat naik gambar yang ingin dicetak. Pilih 'Device' untuk upload fail dari peranti anda. Kemudian tarik gambar ke sebelah kanan untuk proses editing.



04. Edit gambar

Anda boleh mula untuk edit gambar seperti memasukkan tulisan, icon dan sebagainya.


05. Muat turun gambar dan emel

Setelah anda selesai mengedit gambar, muat turun gambar melalui butang Download. PIlih PNG atau JPEG. Fail ini bolehlah di emel kepada kami di order@eunique.com.my beserta dengan nombor order anda (Penting!)



06. Selesai

Kami akan memeriksa gambar yang diemel terlebih dahulu untuk memastikan fail yang diberikan sesuai dengan produk yang ingin dicetak serta kualitinya.

Pastikan tiada tulisan atau subjek penting di hujung gambar kerana perlu beri ruang 'safe area' untuk jahitan dan untuk mengelakkan tulisan/gambar anda dipotong.

Untuk T-Shirt, sekiranya ada ruang transparent pada design, anda perlu Download sebagai PNG Transparent.

Sekiranya anda masih ragu-ragu bolehlah Whatsapp kami untuk pertanyaan. Mudah bukan? Semoga berjaya!