Menu
Your Cart

Dropship & Agent


BERMINAT NAK JADI EJEN EUNIQUE?

Sudah tiba masanya anda keluar dari kepompong masalah kewangan yang tidak berkesudahan!  Pening kan… masuk hujung bulan aja, mesti duit habis bayar hutang, bayar sewa, bayar itu… bayar ini. Simpanan emergency langsung tak ada.


JANGAN RISAU, BIAR KAMI BANTU ANDA!

Jom berniaga jual produk-produk Eunique yang sememangnya unik dan tanpa modal. Kami memberikan komisyen yang tinggi dan pendaftaran adalah percuma! Kami di Team Eunique amat komited untuk membantu anda berjaya.

Beg keluaran kami adalah unik dari segi penghasilannya berbanding dengan lambakan beg sedia ada di pasaran. Beg kami 100% cetakan penuh dan dijahit sendiri menggunakan koleksi design yang cantik dan boleh diberikan sentuhan peribadi oleh pelanggan dengan meletakkan nama mereka pada beg. 

Kami telah membangunkan platform yang mudah agar rakyat Malaysia dapat menjana pendapatan tambahan secara konsisten dan serius hanya dari rumah. 


PASARAN LUAS

Pasaran fesyen dan aksessori wanita seperti beg, t-shirt dan pasaran home dekor seperti bantal, canvas dinding adalah sangat besar. Sekiranya anda sanggup mendalami ilmu pemasaran yang betul, in shaa Allah anda juga mampu menjana pendapatan yang lumayan.


APA ITU DROSPHIP

Dropship adalah satu model perniagaan di mana anda hanya perlu promosikan produk yang disediakan oleh pihak pembekal dan apabila ianya terjual, anda akan dapat keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan kepada agen dropship.

Anda tidak perlu keluarkan modal untuk menghasilkan produk, tidak perlu bersesak di pejabat pos, tidak perlu berpisah dengan anak di rumah, tidak perlu sewa ruang premis dan sebagainya.

Anda hanya perlu menjawap pertanyaan pelanggan, membuat tempahan menerusi website Eunique dan kita akan Pos kan terus kepada Pelanggan anda. Sungguh mudah kan?

Bayangkan, sambil anda bercuti pun perniagaan anda masih boleh berjalan seperti biasa. 


BAGAIMANA CARANYA SAYA PEROLEH KEUNTUNGAN?

Sebagai contoh, sebuah tote bag berzip dijual dengan harga pasaran sebanyak RM50.00. Sementara harga agen dropship cuma RM40.00 dan anda jual dan promosikan pada harga pasaran iaitu RM50.00. Komisyen RM10 (harga pasaran RM50 - harga Dropship RM40) akan terus diterima oleh anda.

Sekiranya pelanggan berminat untuk membeli, anda cuma perlu dapatkan butiran mereka seperti nama, alamat penghantaran, jumlah helai, saiz produk dan kemudian anda minta mereka buat bayaran kepada akaun bank anda.

Setelah mereka membuat bayaran, anda perlu masuk ke web Eunique dan LOGIN ke akaun Dropship anda untuk membuat pembelian. Paparan harga produk untuk akaun Dropship adalah berbeza dengan harga pasaran.

Isikan butiran yang diperlukan dan pastikan alamat penghantaran adalah ke alamat pelanggan anda.

Kemudian anda hanya perlu buat bayaran kepada kami dengan harga RM40.00 sahaja dan anda akan menerima terus untung sebanyak RM50.00 – RM40.00 = RM10.00 sebuah tote bag. Harga pos dibayar oleh pelanggan dan perlu dimaklumkan. Sungguh mudah!

JOM! SAYA DAH READY NAK JADI EJEN EUNIQUE!

Dah ready nak cuba menjadi ejen Eunique dengan PERCUMA? Isi borang di bawah, nanti kami akan hubungi anda dalam masa 24 jam. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh juga WHATSAPP KAMI. Mohon baca dan fahami soalan lazim di bawah sebelum mendaftar.